Kursus Kahwin Setiawangsa
Sejarah Ringkas
Bagi anda yang tercari-cari kursus kahwin di area Ampang, Pandan Indah, Pandan Perdana, Lembah Maju dan sehinggalah ke Hulu Langat, kursus kahwin di Setiawangsa adalah lokasi kursus praperkahwinan terbaik yang boleh bantu anda.
Buat pengetahuan anda, kursus kahwin Setiawangsa mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam membantu ramai pasangan atau bakal pengantin melangkah ke alam rumah tangga dengan ilmu – dah jika dihitung, lebih 70,000 pasangan telah dibantu.
Bermula dengan langkah kecil pada tahun 2008, kursus kahwin Setiawangsa memulakan operasi penganjuran kursus perkahwinan di Wisma Peninsular berhampiran dengan dengan Giant Setiawangsa.
Sekarang, dengan perubahan masa dan penambahbaikan untuk kemudahan para peserta, kursus kahwin ini telah berpindah ke deret bangunan yang cukup dekat dengan Rosyam Mart Setiawangsa dengan banyak kemudahan-kemudahan di sekeliling.
Kemudahan-kemudahan yang ada di sekeliling termasuklah stesen minyak Petronas, kemudahan ATM, kedai-kedai makan, kedai mamak, Giant, malah hanyalah 5 minit sahaja untuk ke shopping kompleks AEON Mall AU2 Setiawangsa.

Feedback Dari Peserta
Alhamdullillah. Dengan hampir 99.7% feedback positif daripada peserta-peserta sehingga kini, kursus perkahwinan di sini terus berkembang sehingga sekarang dan pihak pengurusan sentiasa berusaha mengekalkan kualiti terbaik dalam menyampaikan modul perkahwinan yang diiktiraf.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kursus kahwin Setiawangsa dari Mahligai Firdaus telah beroperasi sejak tahun 2008, menjadikannya sebagai salah satu pusat kursus kahwin yang paling berpengalaman di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.
Sejak ditubuhkan, kursus ini telah membantu ramai bakal pengantin dalam menyediakan diri mereka dengan ilmu rumah tangga yang lengkap dan praktikal sebelum mereka melangkah ke dalam dunia sebenar perkahwinan yang penuh dengan cabaran.
Yang penting, kursus ini menggunakan modul yang diiktiraf oleh setiap negeri di Malaysia iaitu modul kursus kahwin JAKIM.



Kenapa Pilih Kursus Kahwin Setiawangsa?
Meskipun pada waktu ini terdapat banyak tempat kursus kahwin, kursus di Setiawangsa ini tetap ada keunikannya dan kelebihan tersendiri.
Kelebihan-kelebihan yang sering diperkatakan adalah:
✅ Penceramah Pakar & Sporting – Tak bosan, penuh ilmu dan santai! Penceramah berpengalaman akan berkongsi tips perkahwinan yang praktikal dari sudut agama dan applikasinya dalam kehidupan seharian.
✅ Sijil Sah Seumur Hidup – Jangan risau, sijil yang anda terima diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak expired dan boleh digunakan di seluruh Malaysia.
✅ Makanan & Minuman Percuma – Anda akan dapat 3 kali refreshment sepanjang kursus. Tak perlu risau perut lapar!
✅ Dewan Selesa & Lengkap – Berhawa dingin, ada tempat solat, dan sistem audio visual yang jelas supaya semua peserta boleh dengar dengan baik.
Lokasi Kursus Kahwin Setiawangsa
📍 Alamat tepat: Tingkat 2, atas Klinik Mediveron, Jalan Setiawangsa 9, 54200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tempat ini sangat strategik dan mudah diakses dari pelbagai arah oleh bakal pengantin dari Ampang, Hulu Langat, Cheras, dan kawasan sekitar.
Anda juga boleh menggunakan Waze atau Google Maps dengan menaip ‘Kursus Kahwin Setiawangsa’ atau ‘Mahligai Firdaus’.
Insya-Allah sangat mudah jumpa.
Jadual Kursus & Harga
Hari Kursus:
- Setiap hujung minggu (setiap hari Sabtu & Ahad)
- Rabu & Khamis (sekali sebulan untuk mereka yang sibuk hujung minggu – biasanya pada awal bulan)
Yuran : RM120 seorang (termasuk sijil, buku Gerbang Perkahwinan, makan-makan, kelengkapan ceramah, penceramah-penceramah).
Testimoni Peserta
Apa kata mereka yang sudah hadir?
⭐ Ahmad Izzuddin: “The speakers are all the best.”
⭐ Sham Sahar: “Best best.”
⭐ Luqman Hakim: “BEST.”


Cara Daftar Kursus Kahwin Setiawangsa
Kalau anda berminat untuk bertanya atau nak daftar, anda hanya perlu WhatsApp Urus Setia ke nombor berikut:
📲 WhatsApp Hotline: 019-2060669 atau anda boleh tekan butang WhatsApp di tepi blog ini.
Daftar awal untuk pastikan tempat anda terjamin sebab kursus kat sini sering penuh!
Kesimpulan
Kursus Kahwin Setiawangsa adalah pilihan terbaik untuk bakal pengantin yang nak belajar ilmu rumah tangga dengan cara yang santai, menyeronokkan, dan penuh manfaat.
Berbanding dengan yuran yang hanya RM120 untuk setiap peserta, anda akan dapat sijil kursus kahwin yang SAH LAKU seumur hidup, berbagai tips rumah tangga yang efektif, tempat yang selesa dan di lokasi yang berhampiran shopping kompleks.
Ini adalah kursus kahwin yang anda cari!
Jangan tunggu lama-lama untu daftar sebelum tempat penuh!
Klik button WhatsApp di tepi🎉